PROLOG
USIA sudah mencecah 35 tahun, tapi Hazkiel masih belum menemui jodoh yang sepadan. Adik-beradik yang lain sudah mendirikan rumah tangga dan mempunyai ramai anak-anak yang comel belaka. Sedangkan Hazkiel masih menjadi bujang terlajak. Bukan tidak handsome, bukan tidak disukai tapi dia seorang lelaki yang pemilih! Tidak suka gadis yang terlalu over bergaya, tidak juga suka pada gadis yang terlalu selekeh! Entah bagaimana gadis yang diinginkannya. Sungguh pening Puan Suzana memikirkan anak sulungnya.
“Kau bila nak kahwin Az. Adik-adik kau yang lain semuanya sudah berumah tangga dah beranak pinak, kau bila lagi?” Tanya Puan Suzana. Lembut manis saja nada bicaranya. Puas sudah dipujuk agar Hazkiel segera menamatkan zaman singlenya. Tapi Hazkiel buat tidak tahu je.
Hazkiel garu kepala. Naik merah telinganya dengan permintaan wanita tersebut. Setiap hari, setiap saat isu ini dibahas. Puan Suzana memang tidak pernah berputus asa untuk mendesaknya berkahwin.
“Belum ada jodoh mummy nak buat macam mana” selamba saja Hazkiel menjawab. Direnungnya Puan Suzana sekilas sebelum matanya beralih semula ke skrin telefon. Jari-jemarinya ralit bermain pada dada skrin.
“Bukan tiada jodoh tapi Az ni memilih” Pernah sekali puan Suzana mencarikan jodoh untuk Hazkiel. Disuruh bertemu dan makan malam bersama. Tapi Hazkiel suka buat karenah. Ada saja masalah yang Hazkiel sengaja timbulkan demi dibenci oleh para gadis pilihan Puan Suzana.
Terlalu gedik! Semuanya gedik-gedik! Itu yang membuatkan Hazkiel tambah rimas. Terlalu selekeh, nerd! Lagilah. Buat malu aku je! Mana aku nak sorok muka ni bila orang tahu aku pilih gadis-gadis seperti itu. Hah, Terlalu kampungan!
“Pasti ada mummy, jangan risau okay” senyuman diukir buat insan tersayang di depannya. Suatu hari nanti dia pasti akan menemui seseorang yang fit di hati. Tidak perlu risau, dia bukan gay.
“Ada itu memang ada tapi bila. Kau itu bukannya muda lagi”
“Muda lagi mummy baru 35 kot” Hazkiel mengenyitkan matanya kepada puan Suzana.
Puan Suzana tarik nafas. Berat sungguh dadanya memikirkan hal tersebut. Angannya sebelum dia menutup mata, Dia teringin sekali melihat semua anak-anaknya mempunyai keluarga sendiri. Lagipun umurnya kini sudah mencecah 72 tahun. Bila-bila masa saja ajal menjemput. Jika dia pergi setelah anak-anak berkeluarga, maka tenanglah hatinya. Sekurang-kurangnya semua anak-anaknya punya tempat untuk mencurah kasih.
Hazkiel mengabaikan gajetnya apabila melihat wajah Puan Suzana tiba-tiba berubah sayu. Terbit rasa bersalah di hati Hazkiel kerana menganggap remeh permintaan wanita tersebut. ‘Barangkali besar anggan mummy untuk melihat saya punya keluarga, isteri dan anak’ getus hati kecil Hazkiel.
Hazkiel sebenarnya teringin. Tapi bila memikirkan rumah tangga itu tidak semudah abc untuk diterajui, Hazkiel mematikan kembali niatnya. Bukan mudah membimbing anak isteri. Tambahan pula Hazkiel bukanlah seorang lelaki yang punya segala-galanya. Dia sebenarnya hanya seorang peniaga kedai runcit di tengah-tengah pekan. Hendak dikatakan kaya, tapi simpanannya tiada yang harus dibanggakan.
Mahukah gadis di luar sana menjadikannya seorang suami jika latar belakangnya setaraf dengan burung pipit di udara? Tambahan, semakin lama kos sara hidup semakin meningkat. Jangankan berkeluarga, hidup sendirian juga hampir membuatkan dirinya tidak cukup makan. Ada kedai runcit itu apalah sangat.
Nak suap mulut sendiri pun dia hampir tidak mampu apatah lagi anak bini. Pedih segala isi-isinya bila memikirkan masalah itu berulang kali. Cukuplah ibu tersayang saja tempat dia bermanja dan mencurah sayang. Buat masa dia belum cukup bersedia lagi!
Ulasan
Catat Ulasan